| 0 comments ]



| 0 comments ]



| 2 comments ]



| 2 comments ]



| 0 comments ]



| 0 comments ]



| 0 comments ]



| 0 comments ]


when people just get bored with you,
they ignore your presence.
when people just hates you,
they deny your existence.
it's hurt, but that's the truth.
the truth of you and me.

| 0 comments ]



| 3 comments ]


khamis 11 ogos,
dari siang aku rasa tak sedap hati,,,dari siang jugak aku tunjuk tanda gelisah dekat semua orang,
faisal yang perasan cakap maybe aku nervous untuk interview esoknya,
tapi aku sendiri rasa bukan tu penyebabnya.

malam sebelum berbuka macam biasa akan call mama dekat rumah.
630pm telefon mama, tapi takda siapa pun yang menjawab,
rasa hati, maybe mama dengan babah keluar berbuka.
tapi macam mustahil, sebab babah tak pernah miss solat maghrib jemaah dekat masjid.

cepat-cepat telefon handphone babah, babah angkat.
dari suara babah dah dapat detect something, macam ada benda yang tak kena,
tanya babah, "babah kat mana ni? dekat bazar ramadan ke?" babah jawab," tak, babah dekat luar, sayang da beli makanan?"
aku pon pelik, kalau babah dekat luar, dekat mana? kenapa suara babah macam tak larat?
babah cakap mama tengah solat. kalau dekat luar mama solat dekat mana? semua soalan ni spontan keluar dekat benak kepala.
perbualan dengan babah terhenti dengan janji babah yang mama akan call balik malam nanti.
aku pon menanti.

malam khamis, macam biasa aku tarawikh di bilik.
mama call dalam jam 10pm.
aku tanya mama, mama kat mana. mama jawab jawapan yang sama, mama dekat luar. tapi mama tak bagi tau perkara yang sebenar.
dalam panggilan, macam biasa aku luahkan apa yang berlaku dalam hidup aku hari itu,
macam biasa, aku bermanja, aku luahkan semua masalah, aku ceritakan semua.
sebelum perbualan dengan mama habis, aku cakap," mama, tolong doakan hariz, esok hariz dah interview, mama buat sembahyang hajat tau malam ni. sebut nama hariz dalam doa mama."
mama aku balas alam keadaan sebak, "ye hariz, mama sentiasa doakan anak-anak mama."
terus aku rasakan sesuatu tak kena.
panggilan dengan mama habis pada waktu tu.

jumaat, 12 ogos.
hari interview biasiswa aku. aku tak ke lab sebab nak buat persiapan terakhir.
jam 9 pagi, mama call lagi,
mama tanya semua macam mana, mama bagi nasihat.
aku tanya mama kat mana? mama cakap dekat luar. aku pon pelik, biasanya pagi mama akan berada dekat rumah, siapkan semua kerja harian. maybe pagi ni mama ke pasar kot. aku pun tanya mana babah. mama cakap babah keluar.
mustahil. tak pernah mama dengan babah keluar berasingan. kalau mama keluar, mesti babah ikut sama. tapi aku sedapkan hati dengan ingatan yang baik-baik.

selepas solat jumaat, aku bersiap untuk interview.
sepatutnya sesi bermula jam 230pm, tapi ditangguh hingga jam 4.
tamat interview terus telefon mama di rumah.
sekali lagi panggilan tak berjawab. aku telefon handphone babah.
babah angkat dengan suara yang lemah. babah tanya," hariz jadi balik ke sayang?" aku tak berjanji sebab sudah lewat petang, sekali lagi aku tanya babah dimana. jawapan yang sama, di luar.
pelik. aku terus rasa sesuatu berlaku. malam jumaat itu abang telefon tanya bila aku akan sampai ke rumah ipoh.
abang gesa balik sebab achu pun balik sama,
bertambah pelik sebab achu dah balik ipoh minggu sebelumnya, kenapa minggu ni balik lagi?
gesa hati aku rasa maybe achu nak berkumpul ramai-ramai adik beradik.
bertambah teruja aku nak balik esok harinya sebab dapat berjumpa dania dan rayyan.

sabtu, 13 ogos.
pagi tu agak janggal,
sebab pukul 430 aku dah terjaga, tanpa bantuan alarm handphone yang diset jam 5.
aku bangun, bersiap, solat sunat dan turun bersahur di khalil.
sesudah bersahur, aku mencari atm untuk mengeluarkan duit, beberapa puluh sisa yang tinggal di atm untuk isi minyak dan tol untuk pulang ke ipoh.
jam 615 pagi, sesudah subuh aku memecut pulang ke rumah.
alhamdulillah, perjalanan sangat lancar.
810 pagi, aku sampai di depan rumah.
sekali lagi aku rasa pelik. kereta di rumah tak cukup.
yang ada kereta abang dengan kereta babah. mana kereta mama dengan kereta achu?
aku telefon rumah untuk tanya sesiapa, untuk bukakan pagar rumah.
kak azie, kakak iparku jawab. sejurus dia buka pagar, aku tanya mana semua pergi?
mama pergi pasar kah?
jawab kak azie,"tak, mama dengan achu pergi hospital"
tersentak aku. setahu aku appointment mama dengan hospital untuk terapi kaki da lama habis. kenapa pulak mama pergi hospital pagi-pagi ni?

aku masuk ke rumah, naik ke bilik aku, letak semua barang dan telefon babah.
mama yang angkat panggilan. aku tanya, "mama dekat mana?" mama jawab dekat luar.
aku tak berpuas hati dengan jawapan mama. terus tanya dan tanya sampailah mama beritahu perkara sebenar. mama bagitau babah dimasukkan ke hospital.
terus aku sanyap. rasa marah, terkejut, sedih semua bercampur. aku letak telefon.
selepas bebrapa minit aku telefon mama balik, aku tanya hospital mana dan wad babah.
830 pagi, aku memecut ke hospital. aku tak teringat untuk cari abang tanya pasal semua.
yang penting aku nak jumpa babah.

dalam perjalanan, fikiran aku tak tenang,
perlahan-lahan air mata aku mula jatuh. hinggakan aku macam tak betul lagi.
sedu sedan aku semua dipandang, kiri kananku, pemandu dan pembonceng motor pelik melihat seorang manusia menangis bagai tak tentu arah kala memandu.
sepanjang perjalanan ke hospital, aku rasa sangat menyesal.
menyesal, marah pada diri.
kenapa aku jadi anak yang tidak baik?
kenapa aku sanggup bangun malam membuat solat hajat khusus untuk hari interview ku,
tetapi tidak berhajat untuk kesejahteraan ibu bapaku?
kenapa aku suruh mama doakan kejayaan aku, sedangkan kebajikan mereka aku tak dapat pelihara?
kenapa aku selalu menjaga perihal kawan-kawanku, tetapi perihal mama babah yang besarkan aku aku tak mampu tanggung?
kenapa mama tak sanggup beritahu aku sejurus babah dimasukkan ke hospital?
kenapa mama babh tak kongsikan hal kesakitan mereka padaku, atau mereka ceritakan tapi aku yang kurang peka?
mama tau aku anak yang manja,
mudah tersentuh, mudah terjejas dengan hal orang lain.
mungkin mama tau aku bukan anak yang kuat. mama taknak ganggu konsenterasi aku untuk interview ku.
ya, aku bukan anak yang baik. setakat ini aku masih belum melakukan yang terbaik untuk mama babah. tapi aku janji aku akan usaha.

setibanya aku di hospital, aku hentikan tangisan. aku perlu berlakon yang aku seorang yang kuat.aku tak nak malukan mama babah dengan seorang anak yang lemah. aku masuk ke wad babah dengan senyuman.

babah dimasukkan ke hospital pada malam khamis.
berlaku kompilasi pada pundi hempedunya, yang boleh menyebabkan kegagalan hati.
sekarang babah dah keluar dari hospital, dan aku tak mampu bantu mama untuk jaga babah sepanjang masa. alhamdulillah babah makin ok.

sesalan tu makin lama makin memakan diri aku,
perkara yang berlaku buat aku banyak berfikir.
dunia bukan sekadar berkisar tentang diri kita sahaja.
sekeliling kita memerlukan kita untuk turut involve dan bersama mereka.
ibu ayah mungkin punya harta benda, tapi yang paling berharga adalah anak-anak mereka.
daripada kita kejar memelihara yang lain, kenapa kita tak pilih pelihara ibu ayah yang banyak berjasa, berkorban untuk kita?
kenapa?
Allah, jadikan aku hambamu yang lebih kuat dan anak yang soleh.

cerita ini aku kongsikan di sini. sebab aku tak ceritakan pada sesiapa yang lain.
aku sedar mereka punya keluarga, teman dan masalah sendiri.
sekarang aku pilih untuk terima semua.
malah aku rasa terpinggir dalam hidup mereka.
tanda-tanda pengjauhan sudah banyak aku terima,
mereka sudak bergerak ke hadapan, aku juga perlu lepaskan.
aku belajar untuk berdikari.
mungkin, semua kisah hidupku dapat ku ceritakan pada seorang suri yang setia.
sebab aku mampu terima semua masalah teman-temanku,
tapi aku tak mampu bebankan mereka dengan kisah aku.

biar aku hilang sahabat, teman, taulan.
tapi aku tak sanggup hilang mama babahku.
harap aku pergi dulu sebelum mereka sebab aku tak tau aku mampu lalui jika mereka pergi dulu sebelumku.

| 0 comments ]


my answer: yes, all the time.

| 2 comments ]


So I have more pictures to look at when I miss them.

| 3 comments ]

1033 am, friday 2011

my most important day in my life so far.

first time sitting for an interview that decides my future career and journey in taking masters and phd study..

its crucial for me, its very important.

I really hope that everything goes well.

Im prepared, but to compete with other phd candidates?

Oh Allah, its too much too think.

I really miss my supporters, those who now got their own life.

however I have a whole bunch of new, great, and excellent people around me.

I hope their presence can covers up the hole that you left me with.

Allah. Ease up my day. My pray and all my effort just for YOU ya Allah.

really miss the old me. the one who is with you. with everyone.

| 0 comments ]



Love Is In The Air

Written and art by Dany Riz. Powered by Blogger.

Joined Me, If You Love Me