assalamualaikum.
info pada blog readers, scholarship asts yg saya attend interview haritu,,tak dapat pun.
berita ni dapat waktu amek jubah grad pagi tadi.
such a spoiler on such happy day for me.
hati mula tak senang, mata mula nk keluarkan rembesan yang tak sepatutnya keluar time dekat depan org ramai.
but you know what, ive reached the point that semua perit jerih, kutukan. perlian, susah payah sambung master ni main dalam fikiran on the one moment.
semua rasa tak terbalas,
sia2 mama rahsiakan perihal baba masuk hospital dulu just to ensure Im not distracted on my interview.
sia2 study all sort of papers but not being able to spill it all out during the interview session.
sia2 dok tahan dgr macam2 kata2 penarik perasaan, kata2 punca kesedihan sambung master ni.
sia2 ke?
betul sia-sia or this in my ujian?
Allah knows best.
pertama kali dalam hidup aku menanges dlam kawanan yang ramai.
aku tak tahan. malu? aku tak peduli.
biarlah, ape yang jadi biar aku simpan sendiri.
cuma aku kesian dengan mereka yang mengharap tinggi, mama, babah..
aku malu dengan mereka.
penah jadi camni tak?
mesti penah punye,,,
dari tahun lepas seorg hamba Allah ni dok telefon mintak tolong,,,
Mintak pandangan seorg teman, mintak nasihat,,,
Semua diberi, semua dilayan,,,
Sampai satu tahap soal duit sekali dimasukkan,,
pertolongan diberi mana yang mampu,,,
Usaha cari kehulu hilir bank tolong bantu.
Meset desakan jangan dok cerita,,,
macam terbalik pulak,,,sapa dok tolong sapa,,,
dapat habuan,,satu meset terima pon takde,,,
haish..sedangkan kepercayaan diberi...
sebab atas nama kawan lagi dipercayai.
dulu ye la,,maybe da senang balik,,
dah tak mintak ape nasihat,,
kalau tak teruja call ajak berborak,,
sampai semua kes, masalah pon terbukak,,
sekarang susah tu dtg balik kot,,
mula start menyendeng bermeset bagai...
nk kesian pon takda perasaan da..
sebb diri sendiri banyak masalah, bnyak hal..
kepada kawan tu...
saya kenal awak waktu matrix.
awak sekepala dgn saya walaupon awak berpewatakan alim,,
ye la awak perempuan,,tapi layan ja kawan dgn saya..
saya percayakan awak tapi perangai awak macam plik???
urm,,kita still kawan,,,
saya tak pernah nk putus ape2 pertalian,,
cuma saya sekarang ada masalah sendiri,,?
lagi yang berkait pasal duit,,
lagipon saya da teguris, terasa, segala bagai dgn tindakan awak dulu..
so what do you aspect?
maaf saya makin bijak untuk tak mudah percayakan org lagi.
maaf ye...
harap ada yang lain boleh bantu awak sedar tinggi langit bumbung dunia ni dengan sikap awak tu:) sebb saya tak mampu bantu lagi, bukan awak lagi.
Maaf seribu kali maaf, bukan mngjauh tapi cuma bersikap lebih berhati-hati.
nasihat buat awak, kawal diri, pandang sekeliling, jangan ade yang disakiti.
pernah tak rasa macam ni?
tak kisah la sama ada orang atau benda.
bila kita cuba untuk capai sesuatu tu...
bila kita cuba dekatkan diri...
terasa dia atau ia makin jauh dari kita...
semuanya di luar kawalan.
bukan salah siapa...
memang mungkin telah ditetapkan untuk kekal berjauhan.
entahla, siapa tahu?
melainkan Allah..
when people just get bored with you,
they ignore your presence.
when people just hates you,
they deny your existence.
it's hurt, but that's the truth.
the truth of you and me.
khamis 11 ogos,
dari siang aku rasa tak sedap hati,,,dari siang jugak aku tunjuk tanda gelisah dekat semua orang,
faisal yang perasan cakap maybe aku nervous untuk interview esoknya,
tapi aku sendiri rasa bukan tu penyebabnya.
malam sebelum berbuka macam biasa akan call mama dekat rumah.
630pm telefon mama, tapi takda siapa pun yang menjawab,
rasa hati, maybe mama dengan babah keluar berbuka.
tapi macam mustahil, sebab babah tak pernah miss solat maghrib jemaah dekat masjid.
cepat-cepat telefon handphone babah, babah angkat.
dari suara babah dah dapat detect something, macam ada benda yang tak kena,
tanya babah, "babah kat mana ni? dekat bazar ramadan ke?" babah jawab," tak, babah dekat luar, sayang da beli makanan?"
aku pon pelik, kalau babah dekat luar, dekat mana? kenapa suara babah macam tak larat?
babah cakap mama tengah solat. kalau dekat luar mama solat dekat mana? semua soalan ni spontan keluar dekat benak kepala.
perbualan dengan babah terhenti dengan janji babah yang mama akan call balik malam nanti.
aku pon menanti.
malam khamis, macam biasa aku tarawikh di bilik.
mama call dalam jam 10pm.
aku tanya mama, mama kat mana. mama jawab jawapan yang sama, mama dekat luar. tapi mama tak bagi tau perkara yang sebenar.
dalam panggilan, macam biasa aku luahkan apa yang berlaku dalam hidup aku hari itu,
macam biasa, aku bermanja, aku luahkan semua masalah, aku ceritakan semua.
sebelum perbualan dengan mama habis, aku cakap," mama, tolong doakan hariz, esok hariz dah interview, mama buat sembahyang hajat tau malam ni. sebut nama hariz dalam doa mama."
mama aku balas alam keadaan sebak, "ye hariz, mama sentiasa doakan anak-anak mama."
terus aku rasakan sesuatu tak kena.
panggilan dengan mama habis pada waktu tu.
jumaat, 12 ogos.
hari interview biasiswa aku. aku tak ke lab sebab nak buat persiapan terakhir.
jam 9 pagi, mama call lagi,
mama tanya semua macam mana, mama bagi nasihat.
aku tanya mama kat mana? mama cakap dekat luar. aku pon pelik, biasanya pagi mama akan berada dekat rumah, siapkan semua kerja harian. maybe pagi ni mama ke pasar kot. aku pun tanya mana babah. mama cakap babah keluar.
mustahil. tak pernah mama dengan babah keluar berasingan. kalau mama keluar, mesti babah ikut sama. tapi aku sedapkan hati dengan ingatan yang baik-baik.
selepas solat jumaat, aku bersiap untuk interview.
sepatutnya sesi bermula jam 230pm, tapi ditangguh hingga jam 4.
tamat interview terus telefon mama di rumah.
sekali lagi panggilan tak berjawab. aku telefon handphone babah.
babah angkat dengan suara yang lemah. babah tanya," hariz jadi balik ke sayang?" aku tak berjanji sebab sudah lewat petang, sekali lagi aku tanya babah dimana. jawapan yang sama, di luar.
pelik. aku terus rasa sesuatu berlaku. malam jumaat itu abang telefon tanya bila aku akan sampai ke rumah ipoh.
abang gesa balik sebab achu pun balik sama,
bertambah pelik sebab achu dah balik ipoh minggu sebelumnya, kenapa minggu ni balik lagi?
gesa hati aku rasa maybe achu nak berkumpul ramai-ramai adik beradik.
bertambah teruja aku nak balik esok harinya sebab dapat berjumpa dania dan rayyan.
sabtu, 13 ogos.
pagi tu agak janggal,
sebab pukul 430 aku dah terjaga, tanpa bantuan alarm handphone yang diset jam 5.
aku bangun, bersiap, solat sunat dan turun bersahur di khalil.
sesudah bersahur, aku mencari atm untuk mengeluarkan duit, beberapa puluh sisa yang tinggal di atm untuk isi minyak dan tol untuk pulang ke ipoh.
jam 615 pagi, sesudah subuh aku memecut pulang ke rumah.
alhamdulillah, perjalanan sangat lancar.
810 pagi, aku sampai di depan rumah.
sekali lagi aku rasa pelik. kereta di rumah tak cukup.
yang ada kereta abang dengan kereta babah. mana kereta mama dengan kereta achu?
aku telefon rumah untuk tanya sesiapa, untuk bukakan pagar rumah.
kak azie, kakak iparku jawab. sejurus dia buka pagar, aku tanya mana semua pergi?
mama pergi pasar kah?
jawab kak azie,"tak, mama dengan achu pergi hospital"
tersentak aku. setahu aku appointment mama dengan hospital untuk terapi kaki da lama habis. kenapa pulak mama pergi hospital pagi-pagi ni?
aku masuk ke rumah, naik ke bilik aku, letak semua barang dan telefon babah.
mama yang angkat panggilan. aku tanya, "mama dekat mana?" mama jawab dekat luar.
aku tak berpuas hati dengan jawapan mama. terus tanya dan tanya sampailah mama beritahu perkara sebenar. mama bagitau babah dimasukkan ke hospital.
terus aku sanyap. rasa marah, terkejut, sedih semua bercampur. aku letak telefon.
selepas bebrapa minit aku telefon mama balik, aku tanya hospital mana dan wad babah.
830 pagi, aku memecut ke hospital. aku tak teringat untuk cari abang tanya pasal semua.
yang penting aku nak jumpa babah.
dalam perjalanan, fikiran aku tak tenang,
perlahan-lahan air mata aku mula jatuh. hinggakan aku macam tak betul lagi.
sedu sedan aku semua dipandang, kiri kananku, pemandu dan pembonceng motor pelik melihat seorang manusia menangis bagai tak tentu arah kala memandu.
sepanjang perjalanan ke hospital, aku rasa sangat menyesal.
menyesal, marah pada diri.
kenapa aku jadi anak yang tidak baik?
kenapa aku sanggup bangun malam membuat solat hajat khusus untuk hari interview ku,
tetapi tidak berhajat untuk kesejahteraan ibu bapaku?
kenapa aku suruh mama doakan kejayaan aku, sedangkan kebajikan mereka aku tak dapat pelihara?
kenapa aku selalu menjaga perihal kawan-kawanku, tetapi perihal mama babah yang besarkan aku aku tak mampu tanggung?
kenapa mama tak sanggup beritahu aku sejurus babah dimasukkan ke hospital?
kenapa mama babh tak kongsikan hal kesakitan mereka padaku, atau mereka ceritakan tapi aku yang kurang peka?
mama tau aku anak yang manja,
mudah tersentuh, mudah terjejas dengan hal orang lain.
mungkin mama tau aku bukan anak yang kuat. mama taknak ganggu konsenterasi aku untuk interview ku.
ya, aku bukan anak yang baik. setakat ini aku masih belum melakukan yang terbaik untuk mama babah. tapi aku janji aku akan usaha.
setibanya aku di hospital, aku hentikan tangisan. aku perlu berlakon yang aku seorang yang kuat.aku tak nak malukan mama babah dengan seorang anak yang lemah. aku masuk ke wad babah dengan senyuman.
babah dimasukkan ke hospital pada malam khamis.
berlaku kompilasi pada pundi hempedunya, yang boleh menyebabkan kegagalan hati.
sekarang babah dah keluar dari hospital, dan aku tak mampu bantu mama untuk jaga babah sepanjang masa. alhamdulillah babah makin ok.
sesalan tu makin lama makin memakan diri aku,
perkara yang berlaku buat aku banyak berfikir.
dunia bukan sekadar berkisar tentang diri kita sahaja.
sekeliling kita memerlukan kita untuk turut involve dan bersama mereka.
ibu ayah mungkin punya harta benda, tapi yang paling berharga adalah anak-anak mereka.
daripada kita kejar memelihara yang lain, kenapa kita tak pilih pelihara ibu ayah yang banyak berjasa, berkorban untuk kita?
kenapa?
Allah, jadikan aku hambamu yang lebih kuat dan anak yang soleh.
cerita ini aku kongsikan di sini. sebab aku tak ceritakan pada sesiapa yang lain.
aku sedar mereka punya keluarga, teman dan masalah sendiri.
sekarang aku pilih untuk terima semua.
malah aku rasa terpinggir dalam hidup mereka.
tanda-tanda pengjauhan sudah banyak aku terima,
mereka sudak bergerak ke hadapan, aku juga perlu lepaskan.
aku belajar untuk berdikari.
mungkin, semua kisah hidupku dapat ku ceritakan pada seorang suri yang setia.
sebab aku mampu terima semua masalah teman-temanku,
tapi aku tak mampu bebankan mereka dengan kisah aku.
biar aku hilang sahabat, teman, taulan.
tapi aku tak sanggup hilang mama babahku.
harap aku pergi dulu sebelum mereka sebab aku tak tau aku mampu lalui jika mereka pergi dulu sebelumku.
1033 am, friday 2011
my most important day in my life so far.
first time sitting for an interview that decides my future career and journey in taking masters and phd study..
its crucial for me, its very important.
I really hope that everything goes well.
Im prepared, but to compete with other phd candidates?
Oh Allah, its too much too think.
I really miss my supporters, those who now got their own life.
however I have a whole bunch of new, great, and excellent people around me.
I hope their presence can covers up the hole that you left me with.
Allah. Ease up my day. My pray and all my effort just for YOU ya Allah.
really miss the old me. the one who is with you. with everyone.
assalamualaikum.
pembaca setia sekalian.
3 bulan 5 hari. tarikh akhir aku berblog 20 april 2011.
hari ini, 25 julai, jam 0227 waktu penulisan ni bermula.
maaf bagi yang menunggu, cuma aku tak ada inspirasi untuk menulis. hanya masalah terbeban menunggu masa untuk diselesaikan.
semua inspirasi aku hilang. hilang dengan perpisahan aku dengan kawan-kawan.
ada yang mungkin anggap aku ekstremis dalam berteman, tapi bila kau berada di tempat aku pasti kau tahu.
aku punya 3 beradik, tetapi terkadang seperti yang tunggal.
yang ada jauh terkadang berkabaran, kadangkala terus dilupa tak bersapa.
kawan.
antara yang ku jaga erat seperti mama babahku.
terima kasih ku ucapkan bagi mereka yang ingat tarikh keramat terlahirnya aku.
3 jun 2011, antara tarikh yang ku kenang.
biar tak pernah aku disambut, ingatan kalian sangat bermakna.
ya, tak pernah aku disambut, walaupun ada keinginan, insyaAllah masa dan ketika pasti akan tiba.
kini aku melangkah ke alam baru.
dunia baru.
aku seorang tanpa kekuatan ramai teman.
aku seorang menempuh semua cabaran.
aku dihalang, dijatuhkan, dengan kata-kata menghiris rasa.
tapi Alhamdulillah, kekuatan hebat datang dari mama dan babah.
dari kawan yang mengerti impian yang selalu aku utarakan.
biarkan mereka berkata,
biarkan aku berlakon bagai tiada sebarang rasa.
Allah memelihara hambanya yang berjuang mencari ilmu.
cukup nukilan pagi ini.
tugasan esok harus diselesaikan.
doakan aku wahai semua pembaca setia.
perjuangan mencari ilmu harus diteruskan.
asslamualaikum~~~
pagi-pagi nak kongsi buah fikiran lagik~~~
just tertanya-tanya~~~
nanti tahun depan pada tarikh yang sama dengan hari ni,,,
aku dikelilingi oleh sape yek?
aku dalam proses melakukan ape yek???
macam mana keadaan aku pada masa tu???
macam keadaan teman2ku pada masa tu???
macam mana familiku pada masa u???
takda jawapan untuk semua tu sama ada untuk tahun depan ka,,,,atau even untuk 10 tahun akan datang~~~
semuanya MASA DEPAN kan~~~
tapi daripada kita dok serabut dengan masa depan~~~ apa salahnya kita cherish this present moment kan~~~
pada waktu ni la kita dok jaga hati kedua ibu bapa kita,,,kawan-kawan kita,,,kekasih kita,,, and even kumpul banyak2 amal kepada Allah.
kenapa manusia sekarang (termasuk saya) suka sangat melukakan baru kelam kabut mencari penawar???
kenapa tak dipelihara elok, dijaga daripada terbentuknya luka yang pastinya meninggalkan parut???
sebab tu lah manusiakan????
ada yang ego,,,
ada yang suka berahsia,,,
ada yang suka membeza-beza....
urm~~~
cukuplah merapu pagi ni~semua tengah dok nak exam kan??
just terapi jiwa~telefon mak and pohon doa yek?
salam,,,
slipOFtongue::::kawan2, maafkan aku atas semua kesilapan, semua perbuatan, semua kelakuan, sebab keazaman aku selalu tak kuat, perkara yang dikata tak nak dibuat itulah yang sering diulang-ulang~~~doa aku sentiasa ada untuk korang,,,harap ada yang sudi mendoakan aku pulak yek.
marah, cemburu sifat syaitan. aku punya kedua sifat ini. sedih, kecewa sifat insan. aku juga punya sifat ini. selalu rasa benda yang baik tak berpanjangan. ikut musim. bila berbakti baru berbaik? bila bersusah semua dilupakan?
dah tanak sembang ngan najah dah.
setiap kali sembang mesti akan teringat sume2 akan BERPISAH dalam masa sebulan ja lagik.
sume tak jumpe dah.
sume buat hal masing2, lost kontek jadik penunggu tak setia.
sume nak tinggal aku sorang buat master kat sini, tu pon kalo ade rezeki.
kalo tak aku akan menapak dekat ipoh makan roti.
cari duit sampai mati.
sob.sob.sob.sob.sob.
k, takpe.
mase ada lagik.
biarlah.
biar korang sume lupe aku.
tapi aku akan jadi stalker korang for the rest of ur life!
takut tak?
hehe..aku pon takut gak...
sori, dah gile semenjak buat thesis nih...
dah la...
salam.
slipOFtongue::::::rase risau untuk tempuhi fasa baru dalam hidup nanti. sebab aku dah sangat2 selesa dengan hidup sekarang. tak nak ubah apa2. mahu stay dalam kelompok yang sama. tapi aku tau untuk teruskan hidup, matlamat dan impian masing2 berlainan. kita hanya perlu sokong dan doakan kebaikan. kawen??? nantilah cerita kemudian..hehe
salam
sibuk sangat tapi malas
asyik kecil hati dengan mereka yang dihormati dan dipelihara hati mereka oleh aku sendiri
tak perlu besar kepala
tak perlu simpan dendam
mati nanti kubur tetap tanah yang sama
tak perlu tunjukkan
kalau kau benci cukup sekadar aku tahu kau benci
tak perlu salurkan ke arah yang membuat aku rasa seperti...
sudah-sudahlah!
rasa teringin untuk merasa sesuatu
sesuatu yang aku tak pernah dapat
nawaitu aku selalu salah
aku selalu memberi tapi teringin untuk merasa kembali apa yang diberi
aku selalu menegur tapi mungkin aku terlalu takut ditegur
aku sering menjaga tapi tak terjaga diri sendiri
aku selalu terima tapi tak kenal erti bersyukur.
cukup.

assalamualaikum...
sedar atau tak..dah dua minggu kot tak berupdate belog nih...
ye la...
cuti raye cine...serabut kepala dengan thesis...tensen kene pisah dengan famili balik..tak puas sebab dapat spend quality time dengan mama..babah...abg yan..kak wan...achu...k azie..dania ngan rayyan.sekejap sangat....
haish....
tapi...dalam luang masa dengan famili..ingatan kepada sume member yang lain tak penah lekang dari ingatan...
urm...
sedar atau tak yang tinggal lagi 2 bulan lebih je untuk spend time kat usm nih???
sedar atau tak...sume akan bepecah tak lame lagik...
smalam sembang dengan najah...faisal....ngan ilmi...
sume pasal sambung blaja...master la kononnye....
urmm...
bila bukak topik sambung blaja ni buat aku pikir pnjaaaaaaang sangat....
sebabnye kalau nak sambung memang ingat prosedurnya mudah...senang...tapi pasal duet???
sape nak tanggung...???
lagi satu pasal kawan2...
memang...
memang kalau kite nih niat nk cari ilmu tak perlu berkawan...pandai2 la berdikari...survive sendiri kalo niat asalnye nak cari ilmu...
tapi....
kalo yang nk sambungnye sorang...duduk menonong dalam lab sorg2...besembang pon dengan kelalang kon...dengan pipette...
memang aku jadik gile...
sebab dah 21 tahun aku hidup diisi dengan kawan...
tak pernah sehari pon dalam hidup tak berkontek dengan kawan...
pelik kan???? cam psiko pulak kan??? haish....
si najah nak ke ums...or keje...
si faisal ade rezeki keje gak....tapi mudah2an die sambung gak...
ika...kak long...sume nk keje....
sume lah kalo dapat kje nak keje kan...
tapi....
aku nih dah layak ke keje???jadi employee orang???
sembang dengan mama malam isnin mgu lepas banyak buat aku fikir...
mama cakap sambung je la kalo ade rezeki...
ilmu tu takkan luput...sentiasa ada dalam diri kite kalo kiter cari..
kalo dah berjanggut beranak lime nak sambung belajar pon boleh...
tapi...cabaran die lagi banyak la....
pastu mama tanye pasal keje pulak...
aku pun selamba je la jawab..."ariz keje ngan USM je la ma..."
haish!!!
mama terus tegur...idup kamu tu tak berkembang terperuk je dekat Penang tu...
"buat ape mama ade umah besar2...tapi kalo anak jauh2???"....
ape ni maaa.......Penang tuh 2 jam je kot dari ipoh...
tapi aku pikir2 balik...memang ade btulnye...
aku anak bongsu...tanggung jawab aku untuk menyenangkan mama baba...bukan menyusahkan...
kalu boleh aku nk sentiasa dekat ngan mama ngan babah...
tapi...haish..
kadang2 sentap...makan hati jugak dengar teguran abang...achu...
diorang kadang terlepas cakap ke..or saje cakap direct yang aku nih selalu menyusahkan mama babah...especially dari sudut kewangan...
urm...
achu aritu ade tanye aku nk sambung master ke tak...pastu die cakap lebih kurang "kamu nak sambung pun ingatlah...tak payah susahkan babah lagi...babah da pencen"...
yes...aku tau aku kene start cari duit sendiri...sebab semua kesenangan tak datang bergolek...
memang biase aku memang senang kecik ati...tapi aku tak bgtau diorang...dekat mama jugak aku mengadu....tapi sume diorang cakap tu sangat btul...aku tak pernah nak nafikan...
hari ni....Isnin...7/2/11
pagi tadi pegi lab untuk jumpe kak adel untuk tanye pasal contents thesisku yang tak bertaip lagi...
dalam bersembang dengan co supervisor yang sangat sempoi tu...dikejutkan dengan satu berite yang kurang best didengar...
baru je malam tadi besembang sakan pasal nk sambung master...
tibe-tibe...kak adel cakap...
"danial nak sambung kan????tapi dr siti dah tak amek student dah...kalo die amek pon die pass dekat lecturer lain...sebb in few years die nak pencen..."
alahai....dr...dr baru 54 tahun awal januari aritu..kalo ikut kerajaan pencen 56 ade agi 2 tahun dr boleh sambung...tuh tak kire sambung kontrek lagi....bagi la peluang kat saye merase bermaster ngan dr....
urm...
pagi ni dah start patah hati dengar kenyataan tu...
maybe kebetulan...tapi siapa yang tau...
sume perancangan Tuhan...
k la...dah tak larat mengetaip...sape yang bace...terima kasih...
slipOFtongue:::slalu pikir bestnye kalo sume sambung master...boleh geng2 member satu rumah sewa...nak masak setiap ari...gaduh2 pasal bayar bil...beli tv kongsi ramai2...tapi kalo diorang nak sambungla...
urm...biarlah berangan sorang...
harap ade rezeki sume tak pisah2 lah....
InsyaAllah.

Syukur dapat kenal kalian...sekurang-kurangnya ada tanda ingatan sementara...thanx for the valuable friendship. May Allah bless all of you guys.
Asslamualaikum...
Hari ni, hari Isnin...
tak ada apa yang baru...cuma kebelakangan ni waktu tidur selalu sangat dapat mimpi yang kurang enak...
Sejak daripada matriks dulu selalu sangat mimpikan kematian...
Sama ada keluarga terdekat..tak pun kematian diri sendiri...
and..
mimpi yang dialami tu sangatlah mempengaruhi hari esoknya bila bangun...
Banyak pandangan mengatakan bila mimpi mati maksudnya akan panjang umur...
tapi bagi aku..bila terlalu kerap...
sangat mengganggu emosi...
sebenarnya..segala yang berlaku...ada perancangan Allah di situ...
Alhamdulillah..Allah beri peluang aku bertaubat mengingati mati...Allah mahu tunjukkan betapa kurangnya bekalan amala untuk ke sana...Allah ingit tunjuk apa kesannya kalau diri ini mati kepada insan-insan lain...kepada dunia...
Just wondering...
kalau seorang hamba bernama Danial Hariz Bin Zainal Abidin ni mati tinggalkan alam dunia ni...korang akan affected tak???
korang akan rasa kehilangan tak...?
urm..entahla...
as I previously mentioned in one of my quotes...I don't have any charm like others...and I dont contribute that much to everyone's life...thus... my presence seems not that important?
I dont know but my God knows best....
slipOFtongue::I feel so happy for those who are my closest buddies
and as for me...Im still the secret lover...I hope the person will feel my love even for any distance..
Astaghfirullah....I hope this never leads to any bad intentions or actions...in the shamefulness to Allah...
InsyaAllah...as maybe when we're going to be apart, Im going to tell that particular person...that..."I once **** *:)..and still do"
and last but not least...I know that in previous blogpost I always wishing to do or have something rite??? and I know...that most of my friends will not even read this post...these words...but I just need a little favour from you my dearest reader..if you know me...please tell me...
am I a bad person???
how that my presence affecting ur very life??
how do you describe me??..as a good friend or just a...
and if I were gone to meet my creator...will u cry???
oh...this is too much to ask from an internet readers....nevermind.
by the way...please appreciate those that you love when they are still here...
Wassalam.
>>I may be away for few days.

assalamualaikum..
sambungan kepada blog post semalam...
sekarang...
lepas dikenang apa yang ditulis semalam...
rasa macam ada sesuatu yang tak kena...
rasa macam diri tak bersyukur....
sedangkan...
banyak kemewahan..kesenangan yang Allah pinjamkan...
banyak penyelesaian kepada masalah yang Allah unjurkan...
bila dilihat kiri...dilihat sebelah kanan....
banyak lagi yang sengsara...
ditimpa masalah, beban yang aku sendiri tak pasti aku mampu lalui...
sabarlah wahai teman...
sekarang...
aku belajar untuk lebih bersyukur...
nawaitu setiap pekerjaan demi Allah...
bukan untuk penghargaan duniawi...
bukan untuk pujian tinggi nilai pekerti...
oh Allah...didik hatiku...
bentuk imanku...
aku sayang kamu kerana Allah...
aku cinta kamu kerana Allah...
slipOFtongue....::...ada yang cakap takleh komen dekat belog ni...mybe ade technical error...
ape2 pon to my dear blog readers, thanx for reading my writings...
dhiya...this post for you too my dearest friend....^^,
maybe kene tambah widget yang bleh tgok baper org dtg singgah belog nih...tapi template yg telah diubahsuai nih tak support any application or widget la pulak...huhu
so....
ape yg nk share dalam entry arini...
sebelom mnjadi off9 untuk beberapa ketika disebbkan pekse malas nk luah2 ni...nk cter kat korg pasal bende yang saye teringin sangat jadi...
jadi ape???
jadi macam org lain...
mereka2 yang byk talent....yg bleh buat itu...buat ini...yang pandai main itu...main ini....
YES...saye seorg lelaki dewase (dewase atau peringkat akhir remaja) yang banyak tak dapat merase ape yg budak2 lain slalu buat.... bukan takde peluang..cume saye takde talent macam mereka...
contohnye ape???
1.men bola...urm..pasal sport nih memang cam fail sangat2..
member ajak futsal...faisal ajak..najah ajak...mamu ajak...apez ajk...jawapan bese yg diberi... "takpelah...korg gi je lah..." pastu dorg tak ajak dah...huhu...da taw da jawapan standard...
lagi satu pasal team bola feveret...every time ade any league ke...world cup ke...tepakse melayan member dengar dorg ckp pasal si polan ni hebat lah...itulah..inilah...sampai saye jadi terkedu n kalo tgok final match..org len tgok gem yang cantek...saye??? saye tengok padang bola die je...luas...ijau...ade pattern lagik...huhu
2.pastu pasal men gem lak....as we all know..memang enjadi kegilaan remaja...anak budak...bapak budak suke maen gem online mahupon yang tak online...PES...DOTA...urm..pe lagi??? Counter Strike..Half Life la...macm2 ahh...
urmmbagi saye sume nih cam tak menarik pon...tak mcm dorg taksub nk men gem2 nih...saye ase cam.."aku nih cacat ker???otak aku nih tak fully develop ker cam budak2 len???"
maybe yes...maybe NO! huhu...sebb memang kajian dah mmbuktikan bahwe games ni la yang mengaktifkan otak mereka yg sedang membesar...bukan sekadar kpd kanak2...tapi gak kepada those yang sentiasa melatih otak untuk berkerja....
nak men game gak tapi......
sejak kecik..mama ngan baba tak halang pon men...tapi wktu kecik dulu saye lebih cnderung tgok tv...becakap...ngan membace.....tak taw la nape saye pelik....;p
3.pastu pasal issue kapel.....urm...takmoh la terang pjg2 pasal bende nih...masing2 taw halal haramnye...masing2 blaja pendidikan islam..masing2 ade pegangan akidah sendiri2..ada akal diberi...TAPI...
undeniable...
saye teringin gak...
sume tuh nafsu je ek...ALLAH tau isi haty...isi perot...isi benak stiap hambanya...Peliharalah aib sendiri kerana sedangkan Allah memelihara aib hambanya sendiri....
yang tuh pasal bende2
TAPY.....out of all the things yang saye teringin sangat tuh...Im gifted in certain aspect...
1.saye dikurniakan bakat untuk bercakap....memang ahh...bukannyebisu...tapi lebihnya dekat part presentation...debate...interview...saye suke sume tuh...
kalo budak2 lain ase takut..sebenarnye saye teruje gile...sebb waktu nilah saye dapat asekan... "I stood..I talked...then I conquer.." chewwah...huhu
ye...sejak dari sekolah lagi...kalo untuk sume majlis rasmi or tak rasmi saye akn jadi MC...akan jadi DJ...akan jadi tukang bagi syarahan... bercerita...pidato...bagi demo waktu minggu sains...(sgt rindu sekolah...moments suke mencapap..huhu)... and even bace Al-Quran pon saya kebas... (walopon dikutuk dengan deras oleh mereka2 yg tak kenal tajwid dan kalimahsuci..,HATERS...sila mengaji leklok...bukannya meng**J**G)
sori....terlari topik..
pasal presentation lak...saya memang LIKE!!! untuk pertandingan2...byk kali menang..even untuk present slides dalam kelas pon..dapat penghargaan dari Prof.Chan Lai Keng..ye... Prof USM yang garang ajr tissue culture tuh...huhu
beliau cakap..." Yes..the whole class should look at Danial as a great example of a good presentor..." WAAAAAA...prof sebot name saya!!! suke sangat tapy sangat segan...**shy**
2.saya dikurniakan dengan otak yang sentiasa bergerak untuk mghasilkan bende baru dan berseni...saya suke sangat menDesign...dari design T-shirt...Bags...Wallpapers..even photomanipulation..
kalo member2 sume da taw da perangai saye suke menconteng...conteng buku..even laptop saya pon saye conteng...huhu..
(nntikan entri pasal sume my artzstuff ekk??)
3.bnyak agi talent yg saye Tuhan kasi pada saye untuk cover up sume kelemahan and kekurangan saye...saya suke n tau masak... suke mengarang..cipta puisi... suke buat deco arts... suke sangat men boling...suke bagi org senang...and saye suke sangat MEMIMPIN....usually I dont like to be the follower but most of the time...and situations I was obligated to be the LEADER...these are my qualities...
sesungguhnya Allah cipta sume ade baik buruknya..ada tinggi ada rendahnye...kita tak boleh jadi perfect...so respect yourself and others keyh??
nobody is perfect...
but im nobody...
does it means that im perfect???
answer: NOPE!!!!
slipOFtongue: minggu setadi week memang stressful... byk gila yg da miss up spjg sem rupanya...urm..
lagi2 skarg rase kosong gila..semenjak insiden haritu..dah takda tmpat share masalah da... suma pendam cm org gila... takpa la...saya bahagia bila org bahagia...
agi satu...Mama n babah nk betolak dis 8th Nov...harap mereka dapat Haji yg mabrur...:'} akan rndu mereka untuk 42Hary...
Ive shouldn't acted the way I did...Ive shoudnt be too selfish without knowing other people has their own problems too...let bygone be bygone...
let me be myself again....let me take the blame...let me be the one who will take all the responsibilities of all my past...I dont want other people hurt the way I do....I dont want them to feel the pain that ive already suffered from....
let me be me again...Danial Hariz that always wants the best for everyone though I usually forget to think about myself..

how to not lovin' these guyz???
sayang korg dalam2...
slipOFtounge...some people may find this too disgust and full of cheap sympathy to read...but this is me...my family knows me...so do my friends...this is written not to collect any sympathy...but this is how I express myself when Im facing troubles in my life...Salam...

Salam guyz...kepade sape2 yg sudi bace belog nih...
ape???
korang penah rase tak marah gila kat sumone...tapi sebenrnye takde sbb sgt pon nk marah kat die...
korang penah rse tak tbe2 sedeh mlampau2 sebb perbuaatn seseorg kat korg yang dorg sebenrnye tak rase buat pape salah pon kat korg....
semuenye PERASAAN SENDIRI ja...sebb...rase sangat2 tak larat layan perasaan nih...
selalunye bnde nih msti berlaku on hectic week yg pnoh ngan test...keje2 pesatuan.....n kadang2 bende nih siyesly sgt menganggu konsentrasi...emosi....sumelah....
haish...
lagi satu nk share...perkataan sorry tu sgtlahlah sacred...suci...n berharga...so cmne kalo kiter da overused the 'sorry' word tuh??? the true meaning of it mestilah cam tak bermakne sgt kan....
entahla...but for me...sape2 yang pohon kemaafan...directly trus maafkan...sebb Allah da cipta hati nih bukan untuk simpan dendam....cuma Allah created me as a person yg sangat mudah terase... sangat senang affected by sumone... sgt mudah menyayangi... dan sgt mudah memaafi...
as for history...
banyak sgt da berlaku insiden terase haty la...gado la...especially ngan most of my friends...
you may say that Im WEAK...or VULNERABLE... but thats the reality of me...
even ngan jmah pon aku penah gado for such funny reason...ngan best friend lagilah...tapi...sume end up dgn berbaik...cause I cant stand waiting for forgiveness from other people... Biarlah Im the one yang mengalah...bersalah... BUT...
please...dont take advantage of my weakness... For those yg kenal aku...sume taw yang aku suke memimpin...suke lontarkan pendapat... tegas bila buat keje... benci org yang tak bagi komitmen..suke tegur walaupon aku tau org tu akn benci aku bila aku tgur dia...but u know what???for me only true friends without hypocritical manner je sggup buang ego die untuk tegur sahabat die...but most people just dont get it...they only see the negative side of everything...
kawan2 yg rapat tau aku nih sangat senang tukar mood...senang kecik ati...tapi dorg paham...dorg leh terime seadenye...
So...sape2 yg bace ni aku nk minta maap...atas sume kesalahan aku....
Im not perfect...I belong to Allah...and every feeling and acts of mine is belong to Allah..maybe its my fault of interpreting it in the wrong way... I admit that I cry...and I did cried for this reason... with the shame to Allah who create me but I failed to perform my task to Him..
"Allahumma inni anguzubika minalhammi walhazani wa anguzubika minal ngajzi walkasali wa anguzubika minal jubni walbukhli wa anguzubika min ghalabatiddaini wakohrirrijaal..."OmelanMulut.:.hari ni bday mama yang ke 57...ariz doakan mama sehat selalu...sentiase gembire...n dapat haji yg mabrur nnty...ariz taw ariz bukan ank yang baek...tapi mama terime ariz seadenye...ampunkan sume dose ariz ma....LOVE u FOREVER....:')
Ya Allah..ak berlindung dgnMu dari perasaan keluh kesah dan dukacita...dan aku berlindung denganMu dari sikap kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung drmu dr sifat ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung dengan Mu dari tekanan hutang dan kekerasan..

yes...ive started blogging again...ehhh..speaking la pulok....
ok...dalam akaun gugel nih da ader tige blog tapi tak komersial...so hitamputehidup nih kire blog pertame yg komersial untuk tatapan member2..sape2 je yg nk bacer...
kenape aku buwat belog???
urmm...byk sgt sebb....antarenye sbb aku nih memang blogstalker/walker/jogger yg sangat avid...huhu...
so by blogging ni jugak aku nk engatkan diri aku aper yang aku penah buwat...belaku dlm idop aku...saper kawan2 sekeliling aku...n saper yg slalu suke cari pasal ngan aku...huhu
and notice what??? kata gnti diri yg dgunakan dlam belog ni "aku"...sebbnye rase cm lebih rapat dengn pembace kan..tapy...kalo mud watu mnulis tuh nk gune "I" ke..."gua" ke..."sya" ke....suke atilah ek...huhu
belog nih jugak sebagai medium nk mnunjukkan appreciation ak kepada kawan2 terchenta...n not 4gettin' my family...so korg akan nmpak bnyaklah gmbr2 member2 aku ditempek dlm belog nih...
every post dlm belog nih harapnye tak mggangu gugat mana2 pihak...tapi kalo terase...makanlah cili byk2 ek...k...
cukup merapu untuk post pertame...
jampiserapah.:.kepade anje:anak din yang perasan chumel...aku buat belog nih cepat2 sebb ko desak ek... skang puas ati???heheh
